Terkini Adik Allahyarham Achik Spin Yang Turut Menggantikan Tempat Arwah Dalam Kumpulan Spin


Selepas lima tahun kematian Achik (Spin) akibat kemalangan jalan raya, kumpulan tersebut memutuskan adik penyanyi tersebut iaitu Awis menerujui band itu sebagai penyanyi utama.


Menurut salah seorang ahlinya iaitu Aie atau nama Wan Mohd Zuhairi Wan Mohd Zain, pemilihan Awis dibuat selepas mereka mengadakan uji bakat bagi mencari penyanyi baru.

"Kami mengadakan uji bakat untuk mencari pengganti vokalis asal yang boleh memberi nafas semula kepada kumpulan Spin selepas lima tahun pemergian arwah Achik.



Kumpulan Spin dari kiri; Fidaz, Shah, Aie dan Raymie bersama vokalis baru mereka iaitu Awis (duduk).
"Awis telah dipilih sebagai vokalis baru kumpulan Spin selepas kami mendapati dia mempunyai jiwa dalam menyampaikan lagu dan memahami perjuangan Spin," katanya kepada mStar

Online.Kumpulan Spin ditemui pada majlis 'Santai Bersama Spin' di Restoran Hase Ikan Bakar, Damansara Damai.



Awis, penyanyi baru Spin.

Majlis itu merupakan tribute kepada arwah Achik yang telah meninggal dunia lima tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

Tambahnya lagi, kemunculan semula Spin selepas lima tahun menyepi dari industri muzik adalah untuk meneruskan perjuangan kumpulan itu dengan mengekalkan genre muzik yang sama.

"Perjuangan kami terhenti seketika selepas pemergian arwah Achik serta sukar untuk bergerak kerana tidak mempunyai vokalis dan kami mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

"Kemunculan semula kumpulan ini adalah untuk meneruskan perjuangan Achik dan Spin bagi merubati kembali hati peminat serta memeriahkan lagi industri seni tanah air.

"Kami akan mengekalkan genre muzik yang sama seperti dahulu dan akan mewarnai muzik tersebut dalam bentuk yang lebih moden dengan mengikut pengedaran zaman masa kini," jelasnya.

Kumpulan tersebut kini tampil dengan lima orang anggota iaitu Awis (Vokalis), Raymie (Pemain Bes), Fidaz (Dram), Shah (Gitaris) dan Aie (Gitaris).

Terdahulu, Allahyarham Achik Spin meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda.

Spin suatu ketika dahulu pernah popular dengan lagu Mengusung Rindu, Janji Kita, Utusan Rindu dan Hadirlah Mustika yang masih menjadi siulan ramai.

0 Response to "Terkini Adik Allahyarham Achik Spin Yang Turut Menggantikan Tempat Arwah Dalam Kumpulan Spin"

Catat Ulasan